• Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Youtube

Friday, 22 November 2013

Harga Sebuah Cinta

betapa pun nilaian
diletakkan
harga mahal atau murah
sebagai bayaran,
tetap pembeli meyanggupi
kerana cinta
betapa pun tanpa potongan
harga
mahupun jualan murah,
pembeli tetap setia.

mencari dan membeli cinta
yang berharga adalah sekadar
angka cuma.

dirak pameran cinta itu
tehias warna warni produk
cinta
yang asli mahupun tiruan pun ada
semula jadi dan penuh bahan
perasa
pilihan bebas tanpa
memaksa.

sesetengah pembeli
bertarung masa
berjalan jalan membuat
pilihan
lama nilaianya.

menanti dan menunggu
untuk
satu keputusan akhirnya,
memilih satu ketetapan
penyudah pilihan,
tidak berpaling terus ke 
tempat pembayaran
membayar harga cinta,
sekadar angka cuma,cinta
dijual beli
selagi poket penuh berisi
cinta,dengan harga mampu dimiliki.

0 comments:

Post a Comment

Contact

Get in touch with me

NORHISHAM MOHAMAD KAMIL


Adress/Street

Taman Sendayan Indah / Bandar Sri Sendayan

Phone number

+6 017 3277 037

Website

kebablovers.blogspot.my